Salam Ukhwah.....

Setiap hari kita sering mendengar di kaca TV mengenai penderitaan saudara muslim kita di serata pelusuk dunia. Bencana alam , konflik peperangan , kebuluran , penindasan. Namun sebahagian besar dari bencana tersebut adalah di sebabkan tangan manusia sendiri.

Tujuan saya mewujudkan blog ini adalah sebagai sumber rujukan kepada semua untuk berkongsi pengalaman dan maklumat mengenai kerja-kerja sukarelawan. Syukur kepada Allah kerana saya telah dikurniakan peluang untuk berkhidmat di medan sukarelawan. Oleh yang demikian saya berasa bertanggungjawab untuk berkongsi segala pengalaman yang telah di kutip dan saya sangat mengalu-alukan pandangan , cadangan dari semua. InsyaAllah


Sunday 13 July 2008

Misi Kemanusiaan Di Beirut



Pemandangan Kota Beirut di waktu pagi yang hening. Namun di sebalik keheningan itu terselidung seribu macam penderitaan rakyatnya akibat peperangan.





Tidak dapat ku gambarkan perasan hati yang sayu melihat runtuhan pangsapuri kediaman yang musnah di bom. Rasa gerun mengenangkan anak-anak kecil yang mungkin sedang bermain, ibu-ibu yang sedang memasak tertimbus di balik runtuhan. Subhanallah.







Memeriksa bayi di unit Kecemasan ( A&E ) di salah sebuah hospital di selatan Lebnon





Mujurlah saya di bantu oleh petugas paramedik ( menterjemah ) ketika bertemu pesakit. Rata-rata tidak pandai berbahasa inggeris. Bahasa perancis adalah bahasa ke dua di sana. Kami terpaksa menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi. suatu pengalaman yang sangat menarik........



Sepanjang perjalanan kami terpaksa melalui banyak pos-pos tentera. Kami tidak dibenarkan merakamkan gambar-gambar. Syukur pada Allah yang menjaga keselamatan kami di sana. Mereka bila-bila sahaja boleh menahan kami di bawah undang-undang tentera jika di syaki sebagai pengintip.



Awas !!! Inilah sebahagian serpihan bom yang telah di gugurkan di sebuah Hospital di Selatan Lebnon

3 comments:

Nafisah said...

Keep up your good works...Allah with u..Maannajah

pasnational_unity said...

Semoga Allah SWT memberkati usaha ini.

Ummuzulfa said...

salam,

arzuar...after a few years tak sangka akan jumpa di dunia maya.kenangan di Lubnan masih basah terutama bab kena makan shawarma dan air pepsi everyday.

do leave your track at my blog to know me :D

Good luck

Field Operation Theater

Field Operation Theater

Balakot, Pakistan

Balakot, Pakistan

Beirut , Lebnon

Beirut , Lebnon

Gunung Merapi, Jogjakarta

Gunung Merapi, Jogjakarta

Sungai Rual , Jeli

Sungai Rual , Jeli

Pulau Ketam, Selangor

Pulau Ketam, Selangor