Pemandangan Kota Beirut di waktu pagi yang hening. Namun di sebalik keheningan itu terselidung seribu macam penderitaan rakyatnya akibat peperangan.
Tidak dapat ku gambarkan perasan hati yang sayu melihat runtuhan pangsapuri kediaman yang musnah di bom. Rasa gerun mengenangkan anak-anak kecil yang mungkin sedang bermain, ibu-ibu yang sedang memasak tertimbus di balik runtuhan. Subhanallah.
Mujurlah saya di bantu oleh petugas paramedik ( menterjemah ) ketika bertemu pesakit. Rata-rata tidak pandai berbahasa inggeris. Bahasa perancis adalah bahasa ke dua di sana. Kami terpaksa menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi. suatu pengalaman yang sangat menarik........
Sepanjang perjalanan kami terpaksa melalui banyak pos-pos tentera. Kami tidak dibenarkan merakamkan gambar-gambar. Syukur pada Allah yang menjaga keselamatan kami di sana. Mereka bila-bila sahaja boleh menahan kami di bawah undang-undang tentera jika di syaki sebagai pengintip.
Awas !!! Inilah sebahagian serpihan bom yang telah di gugurkan di sebuah Hospital di Selatan Lebnon